PKPD Dua Lokaliti Di Pahang, Perak Tamat Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti masing-masing di Pahang dan Perak ditamatkan esok.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, lokaliti terbabit ialah Kampung Sungai Padi, Mukim Telang, Lipis dan Kampung Orang Asli Sungai Chadak, Tanjung Rambutan, Kinta.

“Perkara itu diputuskan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Sementara itu, tiada pengumuman berkenaan PKPD baharu, mahupun lokaliti yang dilanjutkan PKPD pada hari ini oleh MKN. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat