MT UMNO Mesyuarat Pada Hari Sabtu, Bukan Petang Ini Kata Tajuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO akan bermesyuarat pada hari Sabtu ini, bagi membincangkan pelbagai isu yang berbangkit, berkaitan perkembangan politik tanah air.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Seri Tajuddin Abd Rahman, mesyuarat itu akan dijalankan secara dalam talian (persidangan video) disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBB) yang telah dikuatkuasakan di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Tajuddin ditanya oleh Berita Harian mengenai spekulasi yang mengatakan Mesyuarat Tertinggi UMNO akan diadakan pada petang ini, bagi membincangkan pendirian Biro Politik yang sebulat suara mahu parti itu mengkaji semula kedudukannya dalam Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, ada Malaysikiani melaporkan UMNO akan mengadakan mesyuarat MT petang ini, selepas Setiausaha Agung dan Bendaharinya menyelesaikan rundingan dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, Biro Politik UMNO dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan mahu mengemukakan syarat baru untuk meneruskan kerjasama dan sokongan parti itu kepada kepemimpinan Muhyiddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat