Covid-19: Dua Sekolah Di Labuan Diarah Tutup

- Advertisement -

LABUAN, 14 Okt — Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai (SMK Pantai) dan Sekolah Kebangsaan Kerupang (SK Kerupang) di sini diarah tutup selama tujuh hari selepas seorang pelajar tingkatan lima dan seorang murid diuji positif COVID-19 hari ini, sekolah ketiga di pulau itu diarah tutup selepas SMK Mutiara, Khamis lepas.

Mengesahkan kepada Bernama, Pengarah Pendidikan Labuan Khaziyati Osman berkata ia adalah prerogatif Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengeluarkan penutupan selepas mendapati dua pelajar itu positif COVID-19.

Pengetua SMK Pantai, Norazita Md Noor@Shamsuri dalam mesejnya kepada ibu bapa hari ini berkata ujian saringan akan dijalankan ke atas pelajar di sekolah itu, terutama mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pelajar terbabit.

“Semua pelajar SMK Pantai menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 1 tengah hari tadi sebagai sebahagian daripada usaha sekolah untuk mengawal jangkitan daripada merebak.

“Pelajar yang dikeluarkan ANNEX 14b perlu menjalani kuarantin di rumah…oleh itu sekolah akan ditutup bermula hari ini (14 Okt) hingga 20 Okt,” katanya melalui pesanan kepada ibu bapa hari ini.

Bernama menghubungi pihak sekolah dan diberitahu ujian swab COVID-19 hanya akan dijalankan ke atas pelajar yang mempunyai kontak rapat dengan pelajar terbabit dan mereka yang tidak hadir ke sekolah semalam, tidak perlu berbuat demikian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat