Gerakan kutip tandatangan demi kepentingan diri rosakkan Bersatu – Dr Marzuki

KUALA LUMPUR, – Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohammad, menegur keras budaya “kutip tandatangan” dalam parti Bersatu yang menurutnya kini lebih didorong oleh kepentingan diri berbanding perjuangan menyelamatkan negara.

Dalam kenyataan terbaharu, beliau mengimbas pengalamannya sendiri ketika turun ke bahagian-bahagian mengutip tandatangan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Seronok buat kerja kutip tandatangan ini kerana ada matlamat yang jelas. Matlamat ini pula bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk negara. Kalau fikir untuk diri sendiri mungkin tak buatlah, sebab baru saja hilang jawatan, hilang segala kemudahan,” katanya.

Menurut beliau, perjuangan lebih bermakna apabila dilakukan tanpa jawatan, tanpa kemudahan, bahkan dengan segala kesusahan menanggung sendiri kos perjalanan dan penginapan.

Namun, Dr Marzuki kecewa apabila mendapati kini wujud gerakan mengutip tandatangan semata-mata untuk kepentingan peribadi.

“Hari ini ada orang turun ke bahagian-bahagian kutip tandatangan bukan untuk selamatkan negara, tetapi untuk selamatkan diri sendiri. Orang yang turunkan tandatangan itu pun bukan untuk negara, tetapi demi keselamatan diri sendiri juga,” tegasnya.

Beliau mendedahkan terdapat individu yang menandatangani dokumen hanya kerana dijanjikan kerusi calon pilihan raya atau imbuhan politik lain. Malah, ada yang diyakinkan dengan janji “don’t worry, you will be taken care of”.

Lebih membimbangkan, katanya, ada segelintir ketua bahagian yang bertindak seperti “warlord” dan merasakan tandatangan mereka amat berharga, sedangkan kedudukan mereka juga boleh tergugat jika gerakan sama berlaku di kawasan mereka.

“Inilah penyakit kronik yang saya maksudkan. Yang menghidap penyakit kronik ini tak ramai, tapi mereka riuh. Antidot kepada racun ini mudah saja – kembalilah kepada perjuangan asal parti,” jelas beliau.

Kenyataan lantang itu hadir sehari selepas beliau mengingatkan bahawa Bersatu berisiko “mati sebelum tua” jika gagal mengubati penyakit kronik dalamannya.-Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat