Jangan paksa pengusaha bukan Islam mohon sijil halal -Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jangan paksa pengusaha perniagaan bukan Islam memohon sijil halal, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata, kerajaan belum membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran atau mana-mana syarikat dalam industri makanan dan minuman (F&B) di negara ini memohon pensijilan halal.

“Isu halal dan haram sudah lama berlarutan malah telah diminta (dipakai) oleh pengusaha restoran bukan Islam.

“Belum ada sebarang keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana dalam industri F&B untuk mendapatkan 100 peratus pensijilan halal… belum ada keputusan kabinet mengenai perkara ini.

“Sebab itu Perdana Menteri memberitahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjelaskan status, cadangan, dan kajian semasa mengenai isu ini pada hari Rabu.

“Jangan paksa orang bukan Islam untuk mendapatkan pensijilan halal,” Ahmad Zahid dipetik sebagai berkata dalam laporan berita semasa berucap di Perhimpunan Agung Tahunan MIC hari ini.

Pada 6 September lalu, Datuk Dr Mohd Na’im dilaporkan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol.

Isu itu mencetuskan kontroversi apabila Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menjawab dengan berkata pelaksanaan pensijilan halal perlu dilakukan secara sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukannya paksaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat