KUALA LUMPUR- PKR mengumumkan rombakan besar terhadap kepimpinan utama parti itu.
Naib Presidennya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perubahan itu melibatkan peletakan jawatan Datuk Seri Saifuddin Nasution sebagai Setiausaha Agung PKR.
Beliau memaklumkan, ini bagi membolehkan Saifuddin menumpukan perhatian terhadap tugasnya sebagai Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH).
Dengan itu, jawatan Saifuddin di dalam parti akan digantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Fuziah Salleh.
“Perubahan ini adalah bagi mengukuhkan operasi parti dan kesemua pelantikan tersebut berkuatkuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut Nik Nazmi, tempat Fuziah akan digantikan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Rizal Jamin.
Sementara itu, di peringkat negeri pula, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri akan menggantikan Chang Lih Kang sebagai Pengerusi.