Kedudukan Matahari Dijangka ‘Tegak’ Di Atas Putrajaya Esok – Penyelidik

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Seorang penyelidik geografi tempatan mendakwa bahawa dalam setahun akan ada dua kali berlaku situasi di mana matahari dikesan berada tegak di atas Putrajaya.

Fadzli Mat menerusi laman sosial rasmi MatGeo berkata, lokasi fenomena itu berlaku di bulatan Dataran Putra di hadapan Masjid Putra apabila matahari akan ada tepat di atasnya sekitar waktu azan Zohor.

“Uniknya, kejadian berkenaan hanya berlaku pada 28 Mac dan kemudian 16 September yang merupakan cuti umum seluruh negara bersempena dengan sambutan Hari Malaysia,” katanya menerusi satu hantaran hari ini.

Keadaan tersebut ujarnya, turut menyaksikan semua bayang-bayang daripada objek tegak di bahagian yang berlaku tempoh waktu siang di dunia akan menghala terus ke arah Putrajaya.

Fadzli yang pernah menetap di sini selama lapan tahun ketika berkhidmat sebagai penjawat awam menambah, Putrajaya memang terletak di laluan transit matahari atau disebut zenith.

Kelazimannya fenomena sebegini sering dijadikan bahan topik umat Islam apabila matahari berada di atas Kaabah dalam Masjidil Haram, Mekah yang turut dirujuk sebagai Istiwa Adzam.

Ketika kejadian itu yang memang akan berlaku setiap 28 Mei dan 16 Julai, masyarakat Islam akan membuat semakan dan sekiranya perlu dapat memperbetulkan arah sebenar kiblat.

Bagaimanapun, untuk kes Putrajaya pula, beliau dalam nada teruja berkata, transit matahari itu mungkin dijadikan panduan untuk kerajaan memilih lokasi ini sebagai pusat pentadbiran.

“Malah kali ini lebih menarik apabila zenith di Putrajaya akan berlaku ketika azan Zohor untuk solat fardu Jumaat pada pukul 1.10 tengah hari dan ketika cuti Hari Malaysia pula,” katanya.

Beliau turut merujuk portal pengiraan pergerakan matahari terkenal antarabangsa, SunCalc yang memaparkan laluan transit berkenaan untuk rujukan warganet bagi pemahaman mudah. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat