Polis pengiring TMJ serang pemandu OKU sudah kena tindakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Polis pengiring Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang didakwa menyerang seorang pemandu e-hailing OKU dilaporkan telah dikenakan tindakan tatatertib.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, selain siasatan yang dijalankan Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, anggota itu turut disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

“Selain itu, siasatan terhadapnya juga turut dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan,” katanya seperti dipetik BH.

Menurut Razarudin, tindakan tatatertib diambil selepas JIPS menyelesaikan siasatan dalam berhubung kes itu pada Jun lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus tindakan yang dikenakan.

Dalam pada itu, kata Razarudin lagi pada 5 Jun lalu iaitu seminggu selepas insiden itu polis telah merujuk kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Kenyataan itu beberapa jam selepas pemandu tersebut, Ong Ing Keong bersama peguamnya, N Surendran mendedahkan rakaman kejadian yang berlaku pada 28 Mei itu.

Dalam sidang media semalam, mereka menyuarakan kekecewaan apabila suspek belum didakwa di mahkamah, walau selepas dua bulan berlalu.

Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Orang Pekak Malaysia (Fajar) pula menggesa peguam negara mempercepatkan proses pendakwaan terhadap suspek.

Sebelum ini, polis juga didakwa memberi amaran kepada Ong agar tidak mendedahkan rakaman insiden arahan yang dipatuhinya sehinggalah sidang media pada Rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat