Nilai Tok Mat menyusut selagi terus bersama Zahid – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selagi Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan kekal bersama Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ‘nilai ekuiti’ beliau semakin menyusut.

Pendapat itu dizahirkan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik petang Isnin.

Khairy ditanya bekas ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming adakah Mohamad seorang ‘salesman’ yang berkredibiliti untuk menjual naratif kerjasama Umno-DAP kepada akar umbi?

“Okey soalan ini agak berat kerana ia melibatkan sejarah saya dengan Mat Hasan tapi saya cuba jadi neutral.

“Berbanding dengan Zahid tentunya dia (Mohamad) lebih bagus, saya rasa semua setuju.

“Tetapi suka tak suka, every second that he stay with Zahid dia punya nilai ekuiti dia turun dan kita tak boleh nafikan. Kalau kita tengok komen-komen pun begitu, dulu Mat Hasan ni suci, sesucinya. Sekarang ini dia dah terpalit sikit dengan Zahid,” jawab Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda Umno.

Dalam pada itu, kata Khairy lagi kedudukan Zahid dilindungi sida-sida politik yang terus mempertahankan institusi Presiden Umno.

“Lapisan pemimpin yang melindungi Presiden sekarang ini didominasi oleh sida-sida politik sebab ada terlalu ramai sida-sida politik dalam Umno,” tegasnya.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menegaskan, mungkin kerjasama Umno dengan DAP ini boleh diterima oleh akar umbi Umno kalau ‘salesman’ yang menjual naratif ini dipercayai.

“Masalah dalam Umno ‘tukang jual naratif ini’, tukang jaja naratif ini adalah individu-individu yang kelompok yang tidak akan dipercayai, tiada kredibiliti oleh sebahagian ahli atau penyokong Umno itu sendiri.

“Perlukan tukang jual yang betul berkredibiliti untuk sampaikan mesej sukar seperti ini,” katanya.

Tambah Shahril lagi, ketidaksediaan begitu ramai pimpinan Umno di peringkat tertinggi, peringkat penengahan untuk bersuara.

“Sebab mereka dah tahu apa akan berlaku kalau bersuara. Setakat ini belum ada suara-suara yang berani kecuali Idris Jusoh, Akmal baru bunga-bunga tapi belum ada sesiapa lagi berani cakap depan-depan apa yang perlu dicakapkan.

“Itulah yang membuatkan bukan hanya Timbalan Presiden, keseluruhan kepimpinan takut,” ujar beliau.

Justeru, Kian Ming mengingatkan sekiranya situasi dalaman Umno diteruskan tidak mustahil lepas PRU16 nanti, Umno hanya tinggal lima kerusi sahaja.

“Kalau trend ini berterusan saya bimbang Umno mungkin tinggal lima kerusi sahaja selepas PRU16,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat