Bangga sebar aura positif

Contohi Sifat Rasullullah, Bersabar Kala Di Uji -Muhyiddin

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengajak umat islam di negara ini mencontohi sifat Nabi Muhammad SAW sebagai panduan asas dalam diri masing-masing. Tema...

Macron Sasar Golongan Radikal, Bukan Umat Islam – Kedutaan Perancis

KUALA LUMPUR: Kedutaan Perancis di Malaysia menjelaskan bahawa Presiden Perancis, Emmanuel Macron tidak menyasarkan masyarakat Islam di negara itu, sebaliknya menentang ideologi Islamisme radikal...

‘Hukuman PBNP Melucukan’ – Sumareh

Kuala Lumpur: "Ini perkara yang melucukan. Itu reaksi Pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh selepas mendapat perkhabaran bahawa bekas majikannya, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang...

Takkan Tak Faham?

Johor Bahru: "Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham bahasa Malaysia (BM)," tegur hakim selepas penganggur yang dituduh merogol anak tiri berdiam diri sehingga...

Thailand Terima Kemasukan Pelancong Kapal Persiaran, Kapal Layar

BANGKOK: Kabinet Thailand pada Rabu meluluskan kemasukan penumpang kapal persiaran dan kapal layar luar memasuki negara itu, dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongan yang...

SITUASI getir pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini sememangnya menduga kekentalan hati sesetengah orang.

Pada masa ini, kata-kata positif adalah perkara yang diperlukan demi menghadapi kehidupan dengan kuat.

Itulah juga misi Aizat Amdan atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 31, menerusi pembabitannya dalam lagu ME ME WE bersama penyanyi serata Asia yang dilancarkan, baru-baru ini.

Lagu yang menggabungkan penyanyi Malaysia, Filipina, Indonesia, Korea Selatan dan Thailand itu sarat dengan mesej positif. Justeru, sebagai wakil negara, Aizat terharu menjadi sebahagian daripadanya.

“Saya terharu dapat menyumbang suara untuk sebuah lagu yang sangat positif serta mewakili Malaysia. Saya harap lagu ini mencapai misinya dan orang dengar lagu ini akan terinspirasi melakukan perkara positif.

“Hakikatnya, inilah yang kita mahukan sekarang apatah lagi pelbagai kesan menimpa masyarakat seluruh dunia akibat Covid-19. Ada yang kehilangan orang tersayang, pekerjaan, malah turut hilang semangat.

“Justeru, kami bergabung menerusi lagu ini untuk menyemarakkan lagi semangat setiap yang mendengarnya agar bangkit terus positif. Semoga dugaan berat ini bakal berakhir secepat mungkin,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai pembabitannya itu, penyanyi lagu Sungai Lui ini sangat teruja dipilih syarikat rakaman Warner Music Malaysia untuk misi istimewa berkenaan.

AIZAT bangga bergabung penyanyi seluruh Asia sebar mesej positif.
AIZAT bangga bergabung penyanyi seluruh Asia sebar mesej positif.

Baginya, dapat bergabung dengan penyanyi hebat dari negara lain satu pencapaian manis.

Walaupun rakamannya hanya dilakukan sendiri di tempat masing-masing, projek berkenaan amat bermakna. Mana tidak, pada saat sekarang barulah mendapat peluang untuk merealisasikan kerjasama sebegitu walaupun hanya secara ‘virtual’.

“Gabungan ini sebenarnya jadi realiti selepas kerajaan Korea Selatan mencetus idea untuk tampil dengan lagu positif. Pada masa sama, mereka mahukan lagu itu membabitkan penyanyi dari pelbagai negara untuk menunjukkan kesatuan.

“Maklum saja, pandemik Covid-19 yang berlaku sekarang bukan hanya tertumpu di tempat tertentu sahaja. Semua terkesan dan kesulitan yang dihadapi sama sahaja buat warga satu dunia,” katanya.

Lagu ME ME WE bertujuan menyampaikan mesej positif dan penuh harapan kepada mereka yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 melanda seluruh dunia. Lagu ini dihasilkan dengan misi mampu menyatukan khalayak seluruh dunia.

Selain Aizat, turut terbabit adalah Ailee, Ravi serta kumpulan K-Pop iaitu NewKidd dari Korea Selatan, Rahmania Astrini (Indonesia), Chillies (Vietnam), PAAM (Thailand) dan Quest (Filipina).

Single ini diterbitkan MZMC yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan EXO, Red Velvet dan Shinee. MZMC dikenali dengan penghasilan banyak lagu popular K-Pop seperti Ko Ko Bop, Tempo dan Love Shot nyanyian EXO.

Disebabkan perintah sekatan perjalanan ke luar negara diketatkan di semua negara itu, setiap penyanyi perlu merakamkan bahagian masing-masing di studio mereka sendiri sebelum diberikan sentuhan terakhir
oleh MZMC.

Video muzik rasmi ME ME WE sudah dimuat naik sejak 30 Julai lalu dan boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Korea Selatan.

Dalam tempoh dua minggu, video berkenaan berjaya meraih tontonan lebih 1.8 juta selain menerima komen positif.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Kayuhan ‘kaut’ pengalaman

Kini, aktiviti berbasikal sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat di negara ini. Di mana sahaja terutama pada hujung minggu kita dapat melihat pelbagai lapisan usia...

Pelindung peranti

Kuala Lumpur: Pelindung belakang peranti pintar sememangnya penting kerana ia bukan saja untuk gaya, namun lebih memberi perlindungan kepada peranti jika terjatuh di permukaan...

Beza babak belakang tabir

GAMBAR belakang tabir drama Perempuan Tanpa Dosa menunjukkan babak pelakonnya, Uqasha Senrose sedang melahirkan anak dengan memakai seluar panjang mengundang kritikan netizen selepas ia...