HONOR Magic V5 buka era baru telefon boleh lipat – telefon lipat ternipis kini di pasaran tempatan

Pelancaran rasmi HONOR Magic V5 hari ini bukan sekadar kemunculan telefon pintar baharu, tetapi pelopor kepada definisi semula apa yang mampu dicapai oleh telefon boleh lipat moden. Dengan harga RM6,999, HONOR sekali lagi menunjukkan komitmen terhadap nilai, inovasi dan aksesibiliti, meskipun menawarkan peningkatan besar dari segi spesifikasi dan pengalaman pengguna.

Dengan memecah sempadan reka bentuk, menggabungkan keupayaan kecerdasan buatan (AI) yang semakin matang, dan menawarkan pakej nilai pengguna yang belum pernah dilihat sebelum ini, HONOR Magic V5 bukan sahaja bersaing ia menetapkan piawaian baharu dalam landskap telefon pintar global

HONOR berjaya melakukan sesuatu yang sukar – mengekalkan profil paling nipis dalam industri (8.8mm tertutup, hanya 4.1mm apabila dibuka), sambil memperkukuh jangka hayat, prestasi, dan ketahanan. Kejuruteraan seperti ini, yang membolehkan berat dikekalkan hanya 217g, bukan sahaja memberi pengalaman penggunaan yang lebih ringan dan elegan, tetapi juga menetapkan standard baharu dari segi reka bentuk telefon lipat.

Ciri AI seperti AI Motion Sensing Capture, AI Outpainting, dan AI Notes bukan sekadar penambahan, tetapi menjadi tulang belakang peranti ini. HONOR Magic V5 direka untuk memudahkan kerja harian – daripada merekod mesyuarat dan membuat ringkasan automatik, hingga membandingkan harga hotel dan mendapatkan cadangan pelancongan dalam satu paparan.

Dengan paparan dalaman 7.95 inci dan ciri Three Split Screen, Magic V5 menukar cara pengguna bekerja dan berkomunikasi – menjadikannya alat produktiviti sebenar yang boleh dimuatkan ke dalam poket.

Engsel yang diuji untuk 500,000 lipatan, perlindungan skrin dengan teknologi bendalir bukan Newtonian, dan rangka gentian aeroangkasa membuktikan bahawa HONOR mengambil serius tentang ketahanan. Dengan penarafan IP58 dan IP59, peranti ini tahan air dan debu, menjadikannya sesuai untuk pengguna aktif dalam pelbagai situasi.

HONOR Magic V5 dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite dan disokong oleh RAM 16GB serta storan 512GB, menawarkan prestasi yang lancar dan responsif. Bateri 5,820mAh Silikon Karbon memastikan penggunaan sepanjang hari, manakala sistem penyejukan dan kecekapan tenaga yang dipertingkatkan menjaga suhu peranti walaupun di bawah beban berat.

Bagi peminat fotografi, kamera periskop 64MP dengan zum 100x, digabungkan dengan kamera utama dan ultra-lebar 50MP serta kamera swafoto 20MP, menjadikan HONOR Magic V5 antara peranti lipat dengan sistem kamera paling berkuasa di pasaran setakat ini – satu pencapaian luar biasa untuk telefon berharga di bawah RM7,000.

Harga Kekal RM6,999, Hadiah Pra-Tempahan Bernilai RM3,497

Walaupun hadir dengan naik taraf menyeluruh, HONOR mengekalkan harga runcit RM6,999, sama seperti model terdahulu. Sepanjang tempoh pra-tempahan dari 15 hingga 24 Julai 2025, pelanggan akan menerima:

  • Pembesar suara Harman Kardon Onyx Studio 9 bernilai RM1,299

  • Pelan Perlindungan Tanpa Bimbang:

    • 1 Tahun Perlindungan Keretakan

    • 2 Tahun Jaminan Kualiti

  • Rebat Tukar Beli Tambahan RM400

  • Pelan Ansuran 24 Bulan 0% faedah dengan bayaran hanya RM292 sebulan

Kesemua ini menjadikan HONOR Magic V5 sebagai salah satu peranti paling berbaloi di pasaran bagi pengguna yang inginkan teknologi terkini tanpa harga yang melampau.

HONOR Magic V5 bukan sahaja menunjukkan kehebatan teknologi, tetapi juga bagaimana teknologi boleh disampaikan dengan cara yang berbaloi, tahan lama, dan memberi impak sebenar kepada kehidupan harian pengguna. Dengan harga RM6,999, pengguna bukan sahaja mendapat telefon boleh lipat ultra-nipis, tetapi juga satu ekosistem AI bergerak yang membantu mereka bekerja, mencipta, dan berhubung dengan lebih pintar dan cekap.

Untuk maklumat lanjut atau membuat pra-tempahan, kunjungi laman rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat