Bangunkan hab stor karbon di Terengganu, harap buka mata yang tuduh kerajaan abai negeri pembangkang – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani akan membangunkan industri baru iaitu pemerangkapan, penstoran dan penggunaan karbon (CCUS) di Terengganu.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, bagi mereka yang secara berterusan menuduh Kerajaan Madani mengabaikan negeri-negeri pembangkang, beliau berharap pembangunan hab CCUS yang dibawa ke Terengganu ini membuka mata mereka.

“Saya ke Pejabat SUK Terengganu untuk berkongsi pelan pembangunan satu industri baru iaitu pemerangkapan, penstoran dan penggunaan karbon (CCUS).

“Ini adalah satu industri yang tidak pernah wujud di Malaysia dan hanya wujud di beberapa buah negara di dunia,” kata Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, Kementerian Ekonomi menggalas tanggungjawab membangunkan industri baru ini yang menjadi sebahagian dari Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“Pelaburan bagi satu hub CCUS dijangka mencecah RM20 bilion dan menjana peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

“Selain Terengganu, negeri-negeri lain yang berpotensi membangunkan hub CCUS ialah Pahang, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Kementerian Ekonomi akan membentangkan rang undang-undang CCUS di Parlimen dalam bulan November ini.

“Insya-Allah, industri baru ini akan menyaksikan pelaburan terbesar di Terengganu dalam tempoh dua dekad.

“Bagi mereka yang secara berterusan menuduh Kerajaan Madani mengabaikan negeri-negeri pembangkang, saya berharap pembangunan hab CCUS yang dibawa ke Terengganu ini membuka mata mereka,” bidas Rafizi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat