Warga Emas Di Lembah Klang Boleh ‘Walk-in’ Ke PPV Untuk Suntikan Vaksin – Dr Adham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Individu berusia 60 tahun dan ke atas di Lembah Klang kini boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 secara jumpa terus (walk-in) di pusat pemberian vaksin (PPV), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata kaedah untuk warga emas itu dijalankan menerusi projek rintis di PPV Lembah Klang dan akan diperluas ke seluruh negara tidak lama lagi.

“Mereka (warga emas) boleh datang ke PPV secara ‘walk-in’ serta merta. Kita memang mengalu-alukan golongan ini datang secara ‘walk-in’ dan kita akan bekalkan bekalan vaksin ke PPV Lembah Klang untuk tujuan ini,” katanya pada sidang media khas Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Sehingga kini, katanya kira-kira 2.47 juta daripada 2.98 juta warga emas yang mendaftar telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.

Mengenai PPV industri atau PPVIN pula, beliau berkata PPV tersebut boleh beroperasi 24 jam sehari bagi mempercepat proses vaksinasi pekerja industri di Lembah Klang.

Dalam perkembangan lain, Dr Adham berkata sebanyak 2,229 pengamal perubatan am swasta (GP) di Selangor dan 1,254 GP di Kuala Lumpur telah dibenarkan menyertai pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Kita jangkakan penyertaan GP dalam PICK di Lembah Klang mampu memberikan 300,000 dos sehari dengan 100 dos bagi setiap GP,” katanya.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi PICK yang dilaksanakan sejak 24 Feb adalah sebanyak 12,647,558 dos. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat