Pelaburan baru Intel cipta ribuan pekerjaan di Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Intel Corporation, pengeluar cip terbesar dunia telah membuat pelaburan baru berjumlah RM30 bilion di Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteru, Shahril Suffian Hamdan berkata, pelaburan baru Intel itu dibuat pada Disember 2021 untuk membangunkan kilang ‘chip packaging and testing’ bagi mengembangkan pengeluaran cip di sebalik kekurangan bekalan semikonduktor di seluruh dunia.

Kata beliau, pelaburan ini akan mencipta 4000 pekerjaan baru Intel dan 5000 pekerjaaan pembinaan dalam Malaysia.

“Menerima kunjungan Vice President dan Pengurus Besar International Government Affairs Intel Corporation Sarah Kemp.

“Ini susulan perjumpaan YAB Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob bersama pelabur serta pengurusan tertinggi Syarikat Utama di Amerika Syarikat termasuk Intel yang juga menyerahkan surat hasrat semasa perjumpaan tersebut.

“Intel adalah syarikat pengeluaran cip semikonduktor terbesar di dunia dengan pendapatan hampir USD80 bilion setiap tahun,” katanya pada Rabu.

Menurut Shahril lagi, kunjungan Sarah Kemp dan rombongan dari Intel adalah untuk menyambut 50 tahun semenjak Intel mula bertapak di Malaysia.

Jelasnya, dalam tempoh 50 tahun ini, Intel telah melabur USD4 bilion dalam negara dan mencipta 9000 pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

“Industri pemasangan cip di Malaysia menyumbang kepada lebih 10 peratus perdagangan global bernilai USD20 bilion.

“Unjuran menunjukkan bahawa kekurangan cip akan berterusan sehingga tahun 2023,” kata Ketua Penerangan UMNO itu.

Pada Disember tahun lalu, Intel Corporation, mengumumkan pelaburan lebih RM30 bilion untuk pengembangan selanjutnya kemudahannya di Malaysia bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Intel Corporation, Patrick Gelsinger, berkata pelaburan itu membabitkan pengembangan kemudahannya di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.

  1. Beliau berkata, pengembangan yang akan dilaksanakan termasuk kemudahan pemasangan ujian serta pembuatan pembungkusan maju barunya.

“Malaysia adalah lokasi penting dan akan terus menjadi lokasi penting bagi Intel.

Pelaburan baharu ini berjumlah lebih RM30 bilion ini dijangka mewujudkan lebih 4,000 pekerjaan baharu Intel dan lebih 5,000 pekerjaan pembinaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat