PBM Mahu Rakyat Berganding Bahu, Ketepikan Perbezaan Demi Kebaikan Bersama – Zuraida

- Advertisement -

SHAH ALAM – Kepelbagaian budaya merupakan salah satu agenda utama Parti Bangsa Malaysia (PBM), kata bakal Presidennya (President-designate), Datuk Zuraida Kamaruddin.

Menurutnya, ia adalah antara enam teras parti yang juga merangkumi pemerkasaan wanita dan belia, pembangunan ekonomi, pendidikan, kemajuan sains dan teknologi.

“PBM menggesa rakyat berkata ‘tidak’ kepada sebarang bentuk perkauman dan mengetepikan semua perbezaan untuk berganding bahu demi kebaikan semua dan generasi akan datang.

“Masa depan bermula dengan kita hari ini.

“Kita semua adalah sebahagian daripada Keluarga Malaysia, perlu mengukuhkan lagi asas berbilang budaya, kaum serta kekal teguh dan bersatu untuk menghadapi semua cabaran akan datang,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ahli Parlimen Ampang itu menegaskan, Malaysia tidak mempunyai tempat untuk ketaksuban dan pemimpin-pemimpin terdahulu telah meletakkan asas yang kukuh untuk memastikan negara majmuk ini terus berkembang maju dalam kepelbagaian.

“Kita tidak seharusnya membiarkan elemen perkauman dan pelampau meruntuhkan struktur negara ini,” ujarnya.

Zuraida berkata, PBM turut mengalu-alukan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini supaya mengamalkan konsep ‘tasamuh’ atau toleransi selagi ia tidak melanggar prinsip Islam.

“Ini selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang menjadi ciri pentadbiran beliau.

“Toleransi dan persefahaman kaum adalah penting untuk kemakmuran masa depan negara kita yang tercinta,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat