1.9 Juta Rumah Di Seluruh Negara Tidak Didiami – Jabatan Perangkaan

- Advertisement -

KUANTAN – Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan 1.9 juta daripada 9.6 juta kediaman di seluruh negara tidak didiami.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, penemuan itu berdasarkan Banci Malaysia 2020.

Katanya, jumlah itu mencatatkan peningkatan sebanyak 700,000 kediaman tidak berpenghuni, daripada 1.2 juta kediaman pada 2010.

“Di Malaysia keseluruhan kita ada 1.9 juta rumah tidak didiami… di Pahang saja ada 86,495 rumah yang kosong iaitu 18 peratus daripada keseluruhan tempat kediaman 458,972.

“Di Melaka, hampir 30 peratus lebih tempat kediaman kosong… antara lainnya (faktor) mungkin tempat kediaman itu baru siap, banyak dibeli tapi tidak didiami sepenuhnya digunakan untuk rumah rumah singgah dan sebagainya,” katanya.

Mohd Uzir berkata demikian pada sidang media sempena Program Jelajah Banci Malaysia: Pahang Bersama Media di Kuantan pada Rabu.

Menurut Mohd Uzir, statistik itu menunjukkan banyak rumah kosong yang tidak didiami dan ia sebenarnya boleh membantu masyarakat yang belum memiliki rumah.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata, Bancian Malaysia 2020 juga merekodkan penduduk negara ini berjumlah 32.4 juta orang dengan 17 juta adalah golongan lelaki manakala 15.5 juta pula wanita.

Mohd Uzir turut berkongsi mengenai portal ‘KAWASANKU’ yang baru dibangunkan oleh pihaknya dalam usaha mendekatkan masyarakat dengan data negara dalam bentuk statistik.

“Informasi ‘KAWASANKU’ yang boleh diakses itu mengandungi maklumat berkaitan profil demografi penduduk berdasarkan penemuan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.

“Laman web ‘KAWASANKU’ boleh diakses di https://kawasanku.dosm.gov.my,” katanya. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat