Jual Ayam RM10.30 Sekilogram, Pasar Raya Dikenakan Kompaun

- Advertisement -

KULIM – Tindakan sebuah pasar raya menjual ayam standard melebihi harga kawalan membawa padah apabila dikompaun oleh Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kulim, hari ini.

Pengarah KPDNHEP Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, mereka dikompaun RM1,000 mengikut Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Kita bertindak berdasarkan aduan orang awam mengenai penjualan barang harga terkawal iaitu ayam standard yang dijual melebihi harga maksimum ditetapkan kerajaan.

“Berdasarkan maklumat itu kita menjalankan pemeriksaan di pasar raya terbabit dan mendapati premis berkenaan ada menjual ayam standard dan tanda harga yang dipamerkan adalah RM10.30 sekilogram.

“Harga tersebut melebihi harga maksimum yang ditetapkan melalui pelaksanaan penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam yang berkuatkuasa mulai 6 Jun sehingga 30 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan lanjut mendapati bekalan ayam bersih diperoleh daripada sebuah ladang ternakan ayam persendirian dengan harga RM 9.30 sekilogram.

Katanya, pemilik premis memberi alasan tidak sedar akan pelaksanaan penentuan harga maksimum berkenaan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat