Sertai Semula PKR Kerana Saranan Rakan Pimpinan – Ezam Noor

- Advertisement -

IPOH – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor mengesahkan sudah menghantar borang untuk menyertai semula Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurutnya, borang yang dihantar pada awal Ramadan lalu sudah pun dalam pengetahuan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sedang diproses.

Katanya, keputusan tersebut dibuat atas saranan rakan-rakan dan pimpinan PKR sendiri untuk membantu parti itu.

“Komitmen saya adalah untuk memadamkan serangan-serangan kecil mengganggu perjalanan PKR dan saya memilih untuk kembali ke Petaling Jaya kerana di situlah bermula sumpah keramat parti iaitu di Taman Medan.

“Saya harap ia akan memberikan kesan kepada teman-teman di Selangor untuk kembali bangkit,” katanya ketika berucap menyempurnakan Pelancaran Gerakan Reformasi 98 di Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta, Taman Tanjung Rambutan, Tanjung Rambutan di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Mohamad Ezam mengakui tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi mengumumkan keluar PKR memberi kesan kepada parti.

Menurutnya, bagaimanapun beliau berikrar akan membantu memperkukuhkan PKR Selangor.

Jelas beliau, kerajaan Selangor perlu dipertahankan kerana ia merupakan tonggak penting kepada parti.

Mohamad Ezam sebelum ini pernah menyatakan kesediaan untuk kembali menyertai PKR selepas mendapat permintaan daripada ahli akar umbi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat