“Siapa Bunuh MN?” – Annuar Musa cabar Asyraf Wajdi adakan debat terbuka

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Annuar Musa secara terbuka mencabar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berdebat mengenai mengenai siapa yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap keruntuhan Muafakat Nasional (MN).

Cabaran tersebut dikemukakan setelah Asyraf dan beberapa pemimpin UMNO menunding jari kepada PAS sebagai punca kegagalan Muafakat Nasional.

Muafakat Nasional adalah platform kerjasama politik strategik BN – PAS pasca Pilihan Raya Umum ke-14.

Annuar Musa yang merupakan bekas Setiausaha Agung UMNO yang juga pernah menjadi Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional itu menyifatkan kenyataan Asyraf bahawa PAS adalah punca kegagalan MN sebagai “pembohongan besar”.

Menerusi hantaran di media sosial, Annuar berkata beliau akan menjawab dakwaan tersebut dalam satu podcast khas sebelum mengajak Asyraf berdebat secara terbuka.

“Pembohongan besar AW.. Insya-Allah esok saya ulas direct dalam podcast MN.

“SAYA CABAR AW KE DEBAT TERBUKA ‘SIAPA BUNUH MN’,” katanya.

Walaupun terdapat usaha akar umbi UMNO untuk mewujudkan semua kerjasama MN namun para pemimpin UMNO sering menyindir PAS sebagai pengkhianat dalam kegagalan lepas apabila memilih bersama Bersatu dan PN berbanding MN.

Annuar dianggap antara tokoh paling mengetahui perjalanan dan rundingan Muafakat Nasional kerana beliau berada dalam struktur utama sekretariat gabungan UMNO-PAS itu ketika ia berada di kemuncak pengaruh politik Melayu sekitar 2019 hingga 2021.

Polemik mengenai kegagalan MN kembali hangat apabila beberapa pemimpin UMNO cuba meletakkan tanggungjawab ke atas PAS, manakala pemimpin PAS dan PN pula mendakwa kerjasama itu runtuh selepas UMNO memilih bekerjasama dengan Pakatan Harapan pasca PRU15.

Untuk rekod Annuar Musa menyertai PAS pada tahun 2023 apabila dipecat dari UMNO.

Annuar semasa PRU-15 telah membuat kenyataan bahawa UMNO telah menggagalkan MN kerana hendak berpakat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat