Aliran tahfiz jadi kosmetik tempelan untuk ‘halalkan’ UEC – Pemuda Pas Selangor

KUALA LUMPUR – Jangan gunakan nama tahfiz sekadar kosmetik politik untuk menghalalkan agenda lain, kata Ketua Pemuda Pas Selangor Mohamed Sukri Omar.

Beliau mempersoalkan, sejak bila pula aliran tahfiz bermasalah untuk memasuki IPTA?

“Selama ini pelajar tahfiz tetap menduduki SPM seperti pelajar lain. Ramai yang berjaya masuk ke IPTA dan IPTS melalui saluran biasa tanpa sebarang masalah besar pun. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah, agamawan dan profesional dalam pelbagai bidang.

“Jadi kenapa tiba-tiba perlu keluar kenyataan khas kononnya lepasan tahfiz kini “berpeluang” masuk ke IPTA?

“Rakyat boleh membaca apa yang sedang berlaku.

“Hakikatnya isu utama yang mahu diumumkan sebenarnya ialah laluan untuk UEC. Tetapi bagi mengurangkan sensitiviti politik dan reaksi rakyat, nama “tahfiz” diletakkan sekali supaya naratif itu nampak lebih seimbang dan mudah diterima masyarakat Melayu Islam.

“Inilah wayang politik persepsi,” tempelak Sukri.

Menurut beliau lagi, aliran tahfiz dijadikan tempelan untuk menutup fokus sebenar kerajaan.

“Kalau benar kerajaan serius mahu memperkasa pendidikan tahfiz, banyak lagi isu besar yang masih belum diselesaikan.

“Antaranya, bantuan institusi tahfiz, kebajikan guru tahfiz, pembangunan kurikulum, pengiktirafan institusi, akses teknologi dan TVET dan juga peluang pekerjaan graduan tahfiz.

“Jangan gunakan nama tahfiz sekadar kosmetik politik untuk menghalalkan agenda lain. Rakyat hari ini semakin celik. Tidak semua boleh diselindungkan dengan wayang dan permainan persepsi atas nama “Madani”, kata Sukri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat