CYBERJAYA — Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak akan menghormati pandangan peribadi yang di keluarkan oleh bekas pemimpin Umno, Tan Sri Annuar Musa.
“I will never respect his personal opinion (saya tidak akan hormat pandangan peribadi beliau),” katanya semasa sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya oleh Majlis Profesor Negara 2023, hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri Itu berkata demikian ketika ditanya mengenai hantaran Facebook oleh bekas Ahli Parlimen Ketereh itu mengenai kehadiran puak sosialis, liberal dan DAP ke Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam.
Annuar musa berkata ia juga mendorong rakyat serta ahli UMNO untuk meninggalkan parti tersebut sekaligus ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.