Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Jawab Segala Tohmahan – Zahid

- Advertisement -

CYBERJAYA — “Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan menjawab segala tomahan yang menyatakan ada parti yang sangat alergik dengan Umno-BN suatu ketika dulu dan semalam mereka dapat berucap di Dewan Merdeka,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, semua pihak harus melihat dinamika politik dan bukan fokus kepada sesebuah parti atau individu tertentu.

“Ada pemimpin, mantan ahli umno yang merasakan tidak sepatutnya pemimpin parti itu berucap dan ini kononnya melunturi semangat nasionalisme.

“Dinamika ini bukan kita mahu mefokuskan sesebuah parti atau seseorang tokoh tapi hakikatnya kemajmukan ini harus diakui sebagai sesuatu tak boleh dielakkan dan disantuni,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya oleh Majlis Profesor Negara (MPN) 2023 hari ini.

Zahid turut memberitahu, pantun yang disampaikan olehnya semalam meminta agar semua pihak melupakan persengketaan dan bersama sama untuk membuna negara.

“Saya berpantun semalam ‘lawan tetap lawan, dulu lawan sekarang kawan, buat apa kita berlawan? kita perkukuhkan kerajaan perpaduan’ , ini mempunyai maksud tersendiri . Lupakan soal politik kita sama sama bina negara ini.

“Kita mahu negara kita ini menjadi progresif mempunyai kestabilan politik baik dan pada masa Pertubuhan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya mesti menjadi matlamat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat