Khalis The Real Spin makin pulih

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Alhamdulillah, kesihatan saya makin pulih,” kata penyanyi kumpulan The Real Spin, Khalis Shari mengulas keadaan kesihatan terkininya.

Khalis, 33, berkata, dia kini hanya berdepan masalah berjalan ekoran tisu dalaman terkoyak selepas terjatuh sebelum ini.

“Dari segi tekanan darah dan organ dalam, alhamdulillah tiada apa-apa. Hasil pemeriksaan terakhir di hospital, saya perlu mengawal masalah kencing manis,” katanya.

Khalis berkata, buku lalinya kini agak lemah dan perlu ambil masa untuk pulih kerana tisu-tisu yang rosak menyebabkan dia perlu bergerak menggunakan tongkat atau kerusi roda.

“Selama saya sakit dari tahun lalu sampailah sekarang, memang macam-macam dugaan dilalui. Dalam keadaan tak sihat, isteri dan adik- beradik saya memang banyak membantu,” katanya kepada Harian Metro. Pada April tahun lalu, tular di media sosial gambar Khalis atau nama sebenarnya Muhammad Khalis Md Shari yang kelihatan pucat serta bertubuh kurus didukung seseorang masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital.

Khalis kelihatan cengkung apabila berat badannya turun dari 50 kilogram (kg) ke 32kg.

Netizen turut mendakwa Khalis menjadi begitu disebabkan sakit akibat mengambil dadah.

“Rokok dan vape pun saya tak hisap, macam mana pula boleh timbul dakwaan saya ambil dadah? Macam-macamlah orang ni.

“Cuma dari segi peribadi memang akan ada rasa ‘down’ sikit kerana saya menyusahkan orang. Mulanya saya boleh bergerak tapi tiba-tiba dah tak boleh dan harapkan bantuan orang.

“Apapun saya reda dengan ujian yang Allah nak beri. Syukur saya masih okey. Cuma keupayaan untuk bergerak tiada dan tak macam dulu,” katanya.

Pada 2018, Khalis pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat.

Menerusi pendapatan yang diterima, dia dan isterinya, Zalina Azman membesarkan tujuh anak yang terdiri daripada dua anak mereka, anak tiri (hasil perkahwinan terdahulu Zalina) dan dua anak saudara iaitu anak kakak iparnya yang kematian suami.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat