Malaysia tak akan kenakan tarif timbal balik kepada AS – Tengku Zafrul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan mengenakan tarif timbal balik kepada Amerika Syarikat (AS) sebaliknya fokus melindungi kepentingan negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan, kementeriannya akan terus berunding dengan AS dan juga mempergiat usaha mempelbagaikan pasaran eksport, dan mempercepatkan reformasi ekonomi domestik.

“Cabaran tarif AS? Malaysia bersedia. Dalam sidang media petang semalam, saya telah berkongsi strategi komprehensif kita yang dipersetujui dalam Mesyuarat National Geoeconomic Command Centre (NGCC).

“MITI akan terus berunding dengan AS, mempergiat usaha mempelbagaikan pasaran eksport, dan mempercepatkan reformasi ekonomi domestik. Kita tidak akan mengenakan tarif timbal balas, tetapi fokus pada melindungi kepentingan negara,” jelas beliau.

Menurut Tengku Zafrul, ekonomi global memang tidak menentu, tetapi Malaysia kekal teguh.

“NGCC akan memacu pelaksanaan langkah-langkah penting ini, dengan kerjasama erat antara sektor awam dan swasta.

“MITI sentiasa memantau rapi situasi ini dan memastikan ekonomi kita terus berdaya saing untuk jangka masa panjang,” ujar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat