Perompak laut warga Indonesia dipatahkan Maritim Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Maritim Malaysia menahan sekumpulan perompak laut warga Indonesia di Perairan Johor Timur pagi semalam.

Modus operandi kumpulan perompak berkenaan adalah menjadikan lokasi berhampiran sempadan dua negara sebagai lokasi merompak kapal membawa muatan besi buruk.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata pihaknya menerima aduan Lembaga Pelabuhan Johor (LP) jam 10.45 pagi, sebuah bot tunda Bongawan 9 bersama ‘barge’ Hexagro 8 telah dinaiki beberapa orang suspek dan cuba mencuri muatan ‘barge’ tersebut di kedudukan 3.8 batu nautika selatan Tanjung Penyusop.

Menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia, suspek melarikan diri namun dapat dipintas.

Semasa diiring dalam perjalanan ke Pos Maritim Pengerang, bot yang ditahan bocor dan tenggelam pada kedudukan 2 batu nautika tenggara Tanjung Bulat.

Lima lelaki disyaki warga Indonesia berumur 31 hingga 53 tahun dibawa ke zon maritim Tanjung Sedili untuk siasatan. Anggaran nilai rampasan RM20,000.

“Bot kayu yang karam itu dapat memuatkan tiga tan besi buruk. Satu tan besi buruk dijual di negara jiran dengan nilai 5 juta rupiah bersamaan RM1,500.

“Hasil siasatan, suspek akan ambil masa 30 minit hingga satu jam untuk merompak muatan besi buruk, dan akan terus bergerak ke arah negara jiran,” lapor BH di Kota Tinggi.

Kumpulan perompak laut ini turut menyasarkan bot ataupun kapal-kapal yang bergerak perlahan di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Berdasarkan statistik sejak tahun 2018, sebanyak sembilan kes telah dilaporkan dan semua kes berkenaan diselesaikan Maritim Malaysia.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri serta pecah masuk premis serta Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen tiada dokumen pengenalan diri semasa ditahan,” katanya yang memaklumkan semua suspek direman 14 hari bermula hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat