KPKM beri kebebasan penuh MyCC siasat, banteras kartel padi dan beras

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti kartel padi dan beras malah bertegas tidak akan mencampuri sebarang urusan siasatan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementeriannya tiada halangan dan sentiasa bersedia memberikan sebarang maklumat kepada MyCC pada bila-bila masa diperlukan suruhanjaya itu.

“Semasa cuti raya minggu lepas, masih ada rakan-rakan yang bertanya tentang benarkah wujud kartel padi dan beras? Soalan ni saya dah jawab beberapa kali pada media sebelum ini tapi mungkin mereka terlepas pandang.

“Negara kita ada Suruhanjaya Persaingan Malaysia yang lebih dikenali sebagai MyCC. Antara skop tugas MyCC ini adalah menyiasat kewujudan kartel dalam ekonomi negara kita.

“KPKM tiada halangan dan sentiasa bersedia memberikan sebarang maklumat kepada MyCC pada bila-bila masa diperlukan.

KPKM juga tidak akan melindungi jika ada mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti kartel dan tidak akan mencampuri sebarang urusan siasatan oleh pihak MyCC,” katanya.

Justeru Mohamad berharap semoga penjelasan ini dapat memberikan pencerahan pada semua.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat