Ejen Ali The Movie ke Brazil

- Advertisement -

uala Lumpur: Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie terus mencipta kejayaan apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021, di Brazil.

Festival yang memasuki edisi ke-17 penganjurannya itu berlangsung sejak 9 April lalu sehingga 18 April ini.

Pengarahnya, Usamah Zaid Yasin berkata, pencalonan itu semestinya cukup bermakna memandangkan ia datang dari sebuah festival berprestij.

“Kami berbesar hati atas peluang membawa filem sulung Ejen Ali the Movie ke penonton di Amerika Selatan dan pencalonan dalam kategori Pertandingan Filem Animasi di Fantaspoa.

“Terima kasih atas sokongan setia semua dan kami bersyukur kerana dapat mewakili negara untuk mengharumkan nama Malaysia,” katanya.

Dalam kategori itu, Ejen Ali The Movie dicalonkan bersama lima filem lain dari serata dunia.

Menerusi penyertaan itu, ia sekali gus menjadi tayangan perdana filem ini di rantau Amerika Selatan.

Mula dianjurkan pada 2005, Festival Fantaspoa adalah acara pengiktirafan filem-filem hebat seluruh dunia.

Festival itu juga memiliki perjalanan program yang khas dan berubah pada setiap edisi tahunannya.

Sepanjang 16 tahun penganjurannya, Fantaspoa menjadi festival terbesar di Amerika Selatan. Acara utamanya yang dilangsungkan di Porto Alegre turut menjadi rujukan penting ramai pengkarya seni.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat