Digelar Perdana Menteri Paling Teruk, Najib Senaraikan Kejayaan Di Bawah Pentadbirannya

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini ‘membalas’ kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan beliau sebagai Perdana Menteri paling teruk dalam sejarah negara.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, beliau dianggap teruk bagi kumpulan tertentu dan kroni mereka.

“Ya. Najib teruk. Najib teruk bagi mereka dan mereka. Segala-galanya, Najib hanya fokus kepada rakyat yang memerlukan

“Najib tidak baik untuk mereka dan kroni-kroni mereka. Mereka dan mereka akan melakukan apa sahaja demi menghapuskan saya,” katanya dalam entri di laman Facebook pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai panggilan ‘teruk’ itu, Najib turut menyenaraikan pelbagai usaha yang telah dilakukan sepanjang pentadbirannya dalam meringankan beban rakyat dan memajukan ekonomi negara.

Ia termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); Baucar Buku; Skim Latihan 1Malaysia (SL1M); serta bantuan kepada nelayan.

Selain itu, bekas Menteri Kewangan itu menyenaraikan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membantu rakyat memiliki rumah sendiri dan kemudahan pengangkutan awam termasuk pembinaan Transit Aliran Massa (MRT).

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga katanya mencatatkan RM1.4 trilion dan berada di landasan ke arah mencatatkan RM2 trilion ketika itu.

“Aset syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan mencecah beratus bilion dan beri pulangan tinggi kepada rakyat dan kerajaan. Nilai Khazanah Nasional naik dari RM32 bilion kepada RM116 bilion.

“Selain itu, rizab tunai Petronas naik dari RM30 bilion kepada RM174 bilion,” ujar beliau

– Astro Awani

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

ADUN Akui Kebingungan Disahkan Positif Covid-19 Walaupun Sudah Divaksin

PETALING JAYA - ADUN Taman Medan, Syamsul Firdaus, disahkan positif Covid-19, walaupun selepas beliau lengkap menerima dua dos vaksin. Katanya, beliau menjalani ujian saringan Covid-19...

Malaysia Dateline Fitnah Annuar Musa Langgar SOP PKP – Tun Faisal

CYBERJAYA: Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas portal Malaysia Dateline kerana memfitnah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa...

Ust Mohammad Yaakob Bida Kereta Volvo MB Kedah RM150,000

KEDAH: Ustaz Mohammmad Yaakob Yusra Mohd Yusof telah berjaya membida kereta Volvo XC60 3.0 milik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor dengan jumlah...