COVID-19: Wanita Punca 7 Kedai Ditutup Sementara Mohon Maaf Kerana Abai Kuarantin

IPOH: Seorang model warga asing memohon maaf kerana tidak menjalani proses kuarantin sebelum disahkan positif COVID-19.

Tindakannya dipercayai menjadi punca beberapa individu dijangkiti dan premis perniagaan dikunjunginya ditutup sementara untuk disanitasi.

Memetik laporan Sin Chew Daily, wanita berkenaan menerusi laman Instagramnya membuat pengakuan itu kerana tidak mahu orang lain menyifatkannya sebagai mementingkan diri sendiri

“Pertama sekali, saya benar-benar ingin mengatakan bahawa saya minta maaf kepada semua orang atas kecuaian saya sendiri.

“Saya menimbulkan kebimbangan dan masalah yang tidak sepatutnya dihadapi kepada semua orang yang terlibat.

“Di sini, saya tidak akan mencari alasan untuk menyelamatkan diri saya dan membuktikan bahawa saya tidak bersalah, kerana saya memang mengakui kesilapan itu.

“Saya sangat menyedari betapa seriusnya kesilapan saya ini dan saya berasa malu kerana telah menyusahkan mereka yang terlibat,” tulisnya dalam bahasa Cina.

Wanita itu yang dikatakan seorang model dari China dan bekerja di Malaysia telah pulang ke Ipoh, Perak selepas pulang dari tempat lain pada 9 April lalu dan telah menjalani ujian saringan COVID-19 apabila dikatakan ada membuat kontak rapat dengan individu dijangkiti COVID-19.

Namun, apa yang menjadi masalah ialah apabila dia tidak menjalani kuarantin kendiri sebaik melakukan pemeriksaan ujian saringan tersebut.

Berikutan itu, dia telah mengunjungi beberapa tempat di Ipoh sebelum mendapat berita bahawa keputusan saringannya positif.

Menerusi catatan Faebooknya itu, rata-rata netizen dan penduduk di bandar Ipoh meluahkan rasa marah dan tidak puas hati serta menganggap kesilapannya itu sebagai kesalahan yang tidak boleh diterima.

Dia malah menyenaraikan tempat-tempat yang dikunjunginya dan dilaporkan premis perniagaan yang terlibat juga telah ditutup bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi.

Ini adalah tempat yang dikunjunginya sebelum keputusan ujian saringannya menunjukkan hasil positif COVID-19:

Pada Jumaat, 9 April

8.40pm -10pm: Xiao Xiang Zi @ SOHO Ipoh

10pm – 11pm: The Alley @ SOHO Ipoh

Pada Sabtu, 10 April

11am – 12pm: Big Tree Foot @ Pasir Pinji

12pm – 1pm: BP Healthcare @ Ipoh

1pm – 2pm: Ba Wang Cha Ji @ Ipoh Parade

6pm – 7pm: MOI & KO Hair Studio @ SOHO Business Centre Ipoh

8pm – 9.30pm: Warehouse – A Food & Brew Company @ Taman Jubilee

10pm – 11.40pm: Viking Village Bar of Music @ Kampung Jawa

– Astro Awani

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...