Menteri Pertahanan santuni warga TUDM

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

SHAH ALAM – Kementerian Pertahanan (Mindef) sentiasa menumpukan kemaslahatan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya aspek kebajikan yang menjadi teras utama dititikberatkan dalam menjamin tahap kesejahteraan warganya sentiasa terpelihara, memiliki moral tinggi serta kualiti hidup yang sejahtera.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyantuni warga TUDM dalam majlis ramah mesra di Masjid Al-Muhajirin, Pangkalan Udara (PU) Subang pada Khamis.

Mohamed Khaled turut membuat lawatan ke tapak penyelenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) PU Subang dan diberi taklimat oleh Ketua Cawangan Senggaraan Kompleks PU Subang, Mejar Mohd Fadzree Ismail seterusnya melihat sendiri kondisi serta keadaan persekitaran semasa bangunan yang didiami oleh keluarga tentera.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 84 unit rumah terlibat di RKAT PU Subang di dalam pembaikan meliputi skop pembaharuan cat, pembaikan biasa dan pembaikan one-off bagi sebuah unit rumah yang terlibat dalam kebakaran.

Pada masa yang Mohamed Khaled turut menghadiri majlis ilmu dengan menghayati tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Pensyarah Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM), Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff.

Beliau kemudiannya meluangkan masa beramah mesra dengan warga TUDM dan turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 20 orang anak-anak istimewa (Orang Kurang Upaya) dan pesakit kronik yang terdiri daripada anak dan anggota TUDM.

Katanya, sumbangan itu merupakan inisiatif dalam membantu meringankan beban kepada mereka yang memerlukan khususnya warga ATM dalam suasana menyambut Ramadan.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled telah menyampaikan mock cheque peruntukan keseluruhan senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) TUDM berjumlah RM69.5 juta kepada Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Turut disampaikan peruntukan senggaraan RKAT PU Subang berjumlah RM7.01 juta kepada Komander PU Subang, Kolonel Yusri Jamari.

Menurut kenyataan itu lagi, Mohamed Khaled bersama-sama warga TUDM menunaikan solat Maghrib, Isyak, tarawih dan witir secara berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Staf 1 Agama, Markas Tentera Udara, Leftenan Kolonel Salahuddin Safeie dan Pegawai Agama Kanan PU Subang, Leftenan Kolonel Ahmad Basri Abdullah.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Panglima ATM Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman; Timbalan Ketua Setiausaha Mindef, Dr. Mohd Bakhari Ismail; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Shahada Ismail dan Asisten Ketua Staf Perancangan & Pembangunan, Mejar Jeneral Dato’ Muhammad Tarminzi Hj. Mustapha. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat