Dulu Ketawakan PN Dan PH, Kini Saya Malu Kata Shahrir Samad

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad kecewa dengan isu pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu sehingga bekas Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad terpaksa diketepikan bagi memberi laluan kepada calon lain.

Kata Shahrir, sepanjang kempen beliau ketawakan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) serta sekutu yang tidak mampu menamakan calon mereka sebagai MB.

Kekecewaan Shahrir menyebab beliau menyifatkan UMNO Johor tidaklah sehebat mana.

“Malu saya.

“Sepanjang kempen saya ketawakan PN dan PH serta sekutu yang tidak mampu menamakan calon mereka sebagai MB.

“UMNO sudah pasti dengan Dato Hasni sebagai MB.

“Tapi itu tidak cukup kuat. Dan UMNO Johor tidak mampu lakukan apa-apa.” Kata Shahrir di Facebooknya pada Isnin.

Situasi ini menyebabkan Shahrir telah membuat keputusan tidak akan hadirkan diri pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan akan bermula pada 16-19 Mac ini.

Pada PAU yang bermula esok,  beliau sepatutnya menjadi jurucakap untuk UMNO Johor.

“Maaf kepada rakan-rakan. Saya sungguh malu dengan apa yang sudah berlaku selepas sebuah PRN yang kita menang dengan begitu cemerlang sekali di bawah kepimpinan Datuk Hasni,” katanya.

Terdahulu pada Isnin, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dalam satu kenyataan berkata, beliau telah memohon agar orang muda diberi laluan untuk memimpin Kerajaan Negeri Johor.

Kata Ahli Dewan Undangan (ADUN) Benut itu lagi, cadangan itu berlandaskan faktor sokongan dan kedudukan anak muda yang penting dalam pembangunan Johor.

Dalam pada itu, terdapat tiga nama yang telah disenarai pendek sebagai calon MB selain Hasni, iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi (ADUN Machap) dan Datuk Mohd Puad Zarkashi (ADUN Rengit),

Bagaimanapun, sumber memaklumkan Onn Hafiz hampir pasti menjadi pilihan Istana. -SuaraTV

 

 

 

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat