100 Pelajar ASNAF UPM Terima bantuan YBR

- Advertisement -

Serdang, 14 Februari 2024 – Yayasan Bank Rakyat (YBR) meneruskan Bantuan Awal Pengajian (BAP) dalam usaha membantu pelajar yang kurang berkemampuan dengan menyalurkan RM100,000 kepada pelajar B40 Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi meneruskan pengajian.

Replika cek Bantuan Awal Pengajian serta upacara perasmian dan gimik penyerahan telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Prof. Dr. Haji Raduwan Idar sempena Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian.

Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej, Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin dan Pengurus Jabatan Sumber Manusaia dan Pentadbiran, Muhamad Johary Abdul Jalil.

Sementara itu, Raduwan berkata, “pemberian insentif ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk meneruskan sesi pengajian dan memberi semangat kepada pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang.”

“YBR akan kekal meneruskan pelbagai usaha dan rencana bagi membangunkan taraf sosioekonomi masyarakat supaya selaras dengan mandat dan halatuju menjadikan kehidupan masyarakat bertambah maju, berkualiti serta berdaya saing,” katanya.

Bantuan ini melibatkan 100 pelajar semester 1 hingga 3 di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan peruntukan sebanyak RM1,000 setiap seorang dari kalangan keluarga B40 dan pemilihan mereka telah dikenalpasti oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UPM.

Menurut Raduwan lagi, “Setakat tahun 2023 YBR juga telah memberi tajaan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah kepada seramai 359 pelajar UPM di mana setiap pelajar ini merupakan antara pelajar yang cemerlang dan layak untuk menerima tajaan daripada pihak YBR,” di dalam satu senyataan di sini hari ini.

Untuk makluman bagi tahun 2023, seramai 3,605 pelajar telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.33 juta di seluruh negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat