NASA Guna Teknologi ‘Spinoff” Bantu Kesan Mangsa Bawah Runtuhan Bangunan

- Advertisement -

WASHINGTON – Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS), Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) memaklumkan teknologinya digunakan bagi membantu pasukan penyelamat mengesan mangsa gempa bumi yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Lapor Al Jazeera, agensi itu berkata, kumpulan penyelamat di Turkiye boleh menerima maklumat hasil daripada Kumpulan SpecOps Florida yang menggunakan teknologi ‘spinoff’ NASA.

Unit prototaip yang digelar Finding Individus for Disaster Emergency Response (FINDER) pada asalnya dibina oleh Makmal Penggerak NASA dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS sebelum melesenkan mereka kepada SpecOps.

Pentadbir NASA, Bill Nelson dalam ciapan Twitter berkata, pada waktu bencana, teknologi ini boleh menjadi talian hayat yang sangat cekap dan berkesan.

Katanya, FINDER, teknologi ‘spinoff’ NASA menyediakan pasukan penyelamat dengan perkara yang penting iaitu alat untuk mencari dan membantu mereka yang memerlukan selepas gempa bumi di Turkiye dan Syria. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat