PRN Johor: Ahli PKR Protes Anwar Calonkan Semula Bekas ADUN Semerah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Protes berlaku selepas pengumuman calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilakukan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantahan itu dipercayai dilakukan ahli PKR cabang Parit Sulong dalam rakaman video yang tular semalam selepas Anwar meninggalkan kawasan tersebut.

“Kumpulan protes merupakan anggota PKR cabang Parit Sulong yang terlalu kecewa dengan Presiden PKR kerana tidak dinamakan bagi calon DUN (Dewan Undangan Negeri) Semerah.

“Namun pengumuman calon #PRNjohor bagi parti Keadilan hanya berbaki sembilan kerusi lagi yang belum diumumkan sehingga malam tadi,” dakwa Facebook Bprians.

Semalam Anwar mengumumkan tujuh calon parti itu bagi zon utara.

Antara mereka adalah C. Subramani (DUN Buloh Kasap), Yong Thau (DUN Pemanis), Azmi Masrani (DUN Sri Medan), Mohd Khuzzan Abu Bakar (DUN Semerah), Md. Ysahrudin Kusni (DUN Bukit Naning), Na’im Jusri (DUN Gambir), dan Abdullah Sahid (Sungai Balang).

Rakaman video berdurasi 56 saat itu rata-rata memaparkan mereka tidak berpuas hati dengan pengumuman calon oleh Anwar.

“Tak adil, kita kasi bungkus DUN Semerah, undi kami untuk orang UMNO,” teriak mereka.

Protes itu dipercayai dibuat kerana tidak puas hati dengan pencalonan semula Mohd Khuzzan yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah sebelum ini.

Semalam, sudah kedengaran suara-suara tidak puas hati beberapa ahli-ahli PKR ketika Anwar mengumumkan nama Mohd Khuzzan sebagai calon di DUN Semerah. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat