Pejuang sertai PRN sekat kemaraan kluster mahkamah – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyertaan parti Pejuang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bertujuan menyekat kleptokrat dan kluster mahkamah mencapai perancangan mereka menyelesaikan kes-kes salah guna kuasa,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Pejuang dalam suratnya yang dititipkan kepada pengundi Johor berpandangan bahawa kesan PRN Johor ini
kepada pilihan raya umum amat besar dan tidak boleh diambil ringan.

“PRN ini telah dirancang oleh kumpulan yang dikenali sebagai kluster mahkamah dan kleptokrat dari UMNO.

“Tujuan mereka ialah untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di negeri-negeri sebagai langkah awal sebelum pilihan raya umum ke-15.

“Perancangan mereka ialah apabila menang di pilihan raya umum nanti, mereka akan dapat mengguna kedudukan untuk menyelesaikan kes-kes salah guna kuasa, pencurian wang dan harta rakyat,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Ujar beliau ada pengundi yang berkata bahawa kumpulan kluster mahkamah dan
kleptokrat tidak bertanding di dalam PRN Johor.

“Memang benar tetapi mereka
yang bertanding di atas tiket UMNO dan Barisan Nasional akan memberi kekuatan kepada kluster mahkamah dan kleptokrat.

“Rakyat Johor telah menolak calon-calon UMNO dan BN di dalam pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2018 kerana mereka tidak mahu bertindak dan mendesak Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskan jawatan dan
sebaliknya terus mempertahankannya.

“Kali ini, mereka masih lagi mempertahankan kleptokrat. Kerana itu parti saya, Pejuang menyertai PRN Johor dan akan
berusaha menyekat kleptokrat dan kluster mahkamah mencapai perancangan
mereka.

“Saya pasti pengundi Johor akan bersama “Pejuang untuk menyekat perancangan mereka,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat