Watak merentap emosi

- Advertisement -

SEJAK mula ditayangkan pada 21 Januari lalu di slot Samarinda, TV3, drama bersiri Takdir Yang Tertulis terus mengganggu emosi penonton.

Malah komen dan status mengenai drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu membanjiri di semua platform laman sosial. Pelbagai luahan rasa dilontarkan penonton dan pengguna laman sosial.

Ada suka dan puji lakonan mantap Nad Zainal, tidak terkecuali melepaskan amarah mereka terhadap beberapa watak yang merentap emosi. Antaranya watak Azlan lakonan Nazim Othman yang disifatkan dayus, Ruhila (Datin Elvina Mohamad) kerana merampas suami sahabat baik dan Che Salmah (Didie Alias) yang digelar Makcik Firaun.

Namun, apa pun yang diperkatakan, drama 15 episod yang bakal berakhir esok mencatat sejarah tersendiri apabila berada di kedudukan teratas carta trending di Twitter setiap kali ditayangkan.

Penerbit drama, Fadzil Teh memuji arahan dan garapan Shahrulezad, sekali gus menjadikan drama itu tidak jemu ditonton.

“Sebagai penerbit, saya cemburu dengan Shahrulezad kerana dapat menghasilkan drama yang menjadi ‘trending’ dan menarik. Mungkin kelebihan Shahrulezad adalah dia menulis skrip dan mengarahkan sendiri karya itu. Jadi, dia tahu macam mana nak ubah suai di set penggambaran. Sebab itu hasil tulisan dia dan pandai nak bentuk watak pelakon.

“Lakonan Nad Zainal adalah ‘first class’. Dia boleh pergi Hollywood dan berlakon di sana kerana dia setaraf bintang antarabangsa. Mungkin ada yang beranggapan cerita Takdir Yang Tertulis ini klise, tapi orang kita suka cerita begini. Malah, bertambah menarik apabila ia digarap dengan bagus dan setiap pelakon betul-betul belajar dan faham watak masing-masing.

“Perlu diakui juga, saya sudah mula suka dengan lakonan Nazim, Elvina dan Alvin Chong. Nad pula memberikan 200 peratus kualiti lakonan. Begitu juga watak Didie yang menyokong jalan cerita. Dalam drama ini tidak nampak pun dia pelawak. Itu kelebihan Shahrulezad yang bijak membentuk karakter pelakon. Tahniah kepada pasukan drama ini,” katanya.

 

NAD dan Nazim sebagai suami isteri dalam Takdir Yang Tertulis.
NAD dan Nazim sebagai suami isteri dalam Takdir Yang Tertulis.

 

Sementara itu, pelakon, Nabila Huda menyifatkan kredibiliti pengarah dan empat pelakon utama tidak perlu dipertikaikan, sekali gus menjadikan drama itu menarik perhatian penonton.

“Arahan Abang Ezad (Shahrulezad) tak boleh nak cakap apa. Dari dulu lagi karya dia memang berbeza dengan yang lain. Saya suka dia punya jalan cerita yang tidak klise. Abang Ezad memang suka bawa cerita yang lain dari yang lain. Sebab saya pernah bekerja di bawah arahan dia dalam telefilem. Memang menarik.

“Bagi saya, karyanya memang ada peminat tersendiri. Dia tahu formula untuk menarik perhatian penonton. Walaupun barisan pelakon terbabit ada senior dan baharu, masing-masing bersatu untuk menghasilkan cerita yang baik.

 

DUA sahabat baik bertukar benci dalam drama ini.
DUA sahabat baik bertukar benci dalam drama ini.

 

“Nad ada keistimewaan sendiri sebagai pelakon. Jadi, sebagai teman sekerjaya, saya bangga dan setiap kali lihat lakonannya saya akui dia memang hebat. Ada kemajuan dalam setiap lakonan dari dulu sampai sekarang.

“Begitu juga lakonan Nazim yang hebat. Siapa tidak tahu pelakon lelaki yang kekal muda sampai sekarang. Dia antara pelakon lelaki yang bagus yang saya pernah bekerjasama. Dalam cerita ini dia memberi dan serasi dengan semua pelakon. Pada saya, semua pelakon utamanya semua ada keserasian yang baik,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat