Harimau Malaya kutip 22.31 mata jika berjaya benam Jordan esok

- Advertisement -

DOHA – Harimau Malaya berpotensi untuk terus mendaki anak tangga dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) jika berjaya mengalahkan Jordan, awal pagi esok.

Skuad kendalian Kim Pan Gon yang menduduki tangga 130 dunia ketika ini akan berdepan pasukan di ranking 87 dunia itu bagi aksi Kumpulan E saingan Piala Asia di Stadium Al Janoub.

Berdasarkan kiraan mata, Harimau Malaya berpeluang meraih mata tambahan 22.31 seandainya berjaya mengejutkan skuad The Chivalrous Ones.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menyatakan sejauh mana pergerakan Harimau Malaya dalam ranking FIFA dengan pasukan lain turut mengintai peluang untuk memperbaiki kedudukan mereka.

Selain mahu mencipta sejarah di Piala Asia, keputusan positif akan membuka peluang untuk Harimau Malaya menembusi kelompok 120 terbaik dunia. – BH
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat