DNAA: badan kehakiman menjadi ‘kambing hitam’ – Tengku Maimun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiap kali individu-individu berprofil tinggi dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan badan kehakiman menjadi ‘kambing hitam’, kata Ketua Hakim Negara.

Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, menjadi ‘karung tinju’ untuk masyarakat melepaskan marah menjadikan keyakinan orang awam terhadap institusi kehakiman semakin terhapus.

“Apa yang masyarakat gagal untuk fahami ialah pihak yang bertanggungjawab untuk keputusan sedemikian (lepas bebas individu daripada pertuduhan) ialah pendakwa raya dan bukannya mahkamah.

“(Tetapi) yang sering dimarahi setiap kali keputusan sedemikian dilakukan ialah mahkamah dan ini menghakis keyakinan awam terhadap kehakiman,” ujarnya dalam ucapan pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Isnin, lapor Isnin.

Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ujar Tengku Maimun, apabila pendakwa raya memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap seseorang, mahkamah hanya mempunyai dua pilihan sahaja.

“Mahkamah hanya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu sama ada membenarkan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan (DAA) atau dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan (DNAA).

“Mahkamah tidak boleh berpaling (daripada dua pilihan tersebut) dan menggesa pendakwa raya untuk mengekalkan pertuduhan,” ujar Tengku Maimun.

Tambah Ketua Hakim Negawa wanita pertama itu, badan Kehakiman dan Pendakwa Raya, mempunyai peruntukan undang masing-masing dalam melaksanakan tugas mereka.

Kedua-dua institusi ini perlu ‘dihukum’ seadilnya kerana menjalankan tugas masing-masing tanpa mencampur adukkan kedua-duanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat