Seleweng zakat RM9.62 juta: Tiada lagi akan dipanggil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setakat ini tiada lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebanyak RM9.62 juta.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan tetap dijalankan walaupun pasangan suami isteri yang ditahan sebelum ini dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah.

Menurutnya, walaupun dibebaskan, pihak polis akan terus menjalankan siasatan terhadap pasangan tersebut, masing-masing yang lelaki berumur 50 tahun dan wanita berumur 53 tahun.

“Setakat ini tiada (individu lain akan dipanggil bagi bantu siasatan kes ini,” lapor Astro Awani di Ipoh pada Isnin.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewengan kutipan zakat MAIPk itu dibebaskan hari ini, dengan jaminan bon mahkamah RM50,000 setiap seorang.

Permohonan jaminan itu dikemukakan pihak polis di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.

Majistret Farah Nabihah Muhamad membenarkan permohonan itu.

Sebelum ini, Mohd Yusri mengesahkan suami isteri itu ditahan di Kuala Lumpur kira-kira jam 12.35 tengah hari pada 5 Januari lalu.

Pada mulanya, kedua-dua mereka direman tujuh hari mulai 6 hingga 12 Januari sebelum disambung reman tiga hari lagi, berakhir hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat