Samsung lancar Galaxy S21

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Samsung Electronics Co Ltd sebentar tadi melancarkan peranti kelas perdana terbaharu mereka iaitu daripada siri Samsung Galaxy S21.

Peranti berkenaan didatangkan dengan tiga variasi berbeza iaitu Samsung Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra.

Ketiga-tiga peranti berkenaan mempunyai saiz paparan berbeza bermula 6.2 inci sehingga 6.8 inci menggunakan paparan Dynamic AMOLED 2X.

Bagi dua variasi iaitu Samsung Galaxy S21 dan S21+ menggunakan tetapan tiga lensa dengan sensor sudut ultra lebar berkeupayaan 12MP, sudut lebar 12MP dan telefoto 64MP bersama 30 kali ‘Space Zoom’.

Samsung Galaxy S21 Ultra pula menggunakan tetapan empat lensa atau ‘kamera kuad’ dengan sudut ultra lebar berkeupayaan 12MP, sudut lebar (108MP) dan dua lensa telefoto masing-masing berkeupayaan 10MP.

Peranti itu juga mempunyai keupayaan untuk 100 kali ‘Space Zoom’ serta dilengkapi dengan sensor Laser AF.

Menyentuh aspek spesifikasi untuk variasi S21 Ultra, peranti ini menggunakan paparan 6.8 inci Edge QHD Dipertingkatkan (QHD+) bersama paparan Infinity-O dengan resolusi 3,200 x 1,440.

Paparan variasi ini pula mempunyai kadar segar semula 120Hz bersama teknologi paparan penjagaan mata atau ‘Eye Comfort Shield’.

Kapasiti memori (RAM) pula 12GB menggunakan binaan LPDDR5 bersama storan 256GB atau 16GB RAM untuk 512GB storan.

Untuk variasi S21 dan S21+ pula hampir sama cuma terdapat beberapa spesifikasi khusus yang berbeza seperti kapasiti bateri bermula 4,000mAh untuk S21 dan 4,800mAh bagi S21+.

Semua variasi peranti pintar berkenaan menggunakan pemproses rekaan 5nm 64-bit Octa-Core dengan frekuensi kelajuan 2.9Ghz + 2.8Ghz + 2.2Ghz.

Peranti itu akan menjalankan sistem operasi Android 11 manakala sokongan jaringan adalah 5G NSA dan Sub6.

Seperti generasi terdahulu, Samsung Galaxy S21 mendapat perakuan IP68 untuk sistem ketahanan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat