Penyampai radio Kool FM dan keluarga positif Covid-19

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyampai radio Kool FM, Rea dan suami, Faeez Ikhwan serta anak mereka yang berusia enam bulan disahkan positif Covid-19, semalam.

Rea, 32, atau nama sebenarnya Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad berkata, ini ujian berat buat dia dan suami serta anak mereka yang masih kecil itu.

“Berat ujian ini untuk kami terima kerana anak kami masih kecil dan tak tahu apa-apa. Ya Allah besar sungguh dugaanMu ya Allah. Kami terima ya Allah. Allah uji tandanya Allah sayang,” tulisnya di Instagram.

Dalam hantaran yang dikongsikan di Instagram semalam, Rea turut memohon doa daripada pengikutnya supaya medoakan kesejahteraan kesihatan mereka sekeluarga.

Rea berkata, Faeez yang juga pemain dram kumpulan Drama Band dalah kontak rapat kepada rakannya yang disahkan positif virus itu sebelum ini.

“Sabtu lalu dia mengaami demam dan batuk. Kemudian pada Ahad dan Isnin, anak kami Dhia mula demam. Saya pula mula menunjukkan gejala, Isnin lalu.

“Setakat ini, kami sudah mengambil ubat dan vitamin. Kami semua dalam keadaan baik kecuali Faeez yang masih batuk-batuk. Kami semua kuarantin di rumah dan masih menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Rea turut menitipkan nasihat supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“‘Stay safe’ semua. Sentiasa pakai pelitup muka bila keluar kerana anda takkan tahu kalau orang yang anda jumpa ada kontak rapat dengan yang positif Covid-19. Tolong jaga keselamatan semua. Doakan kami sekeluarga,” tulisnya disertakan dengan emoji sedih serta tanda hashtag #covidfighter.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat