Warisan, Umno sepakat akan lawan GRS PRN akan datang – Shafie

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Parti Warisan (Warisan) akan menjalin kerjasama dengan Umno Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, dipercayai tahun depan.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perkara itu bukan mustahil dan pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjalin kerjasama dengan Umno Sabah sekiranya ia untuk kepentingan rakyat negeri ini.

“Kita duduk semeja (berbincang) dengan mereka (Umno Sabah) untuk kepentingan wilayah Sabah dan rakyatnya.

“Bagaimana ia dapat diterjemahkan untuk dijadikan kenyataan? Saya nyatakan kepada Bung bahawa kami di sini, kalau perlu kerjasama antara kita (Warisan dan Umno Sabah) ialah untuk kepentingan rakyat Sabah,” katanya selepas Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan Kali ke-6 bertempat di Dewan Hakka Likas, lapor BH di Sabah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat