Tak perlu tukar kaum jadi PM untuk jadi negara maju – Shabery

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -“Jangan samakan dengan Amerika Syarikat (AS) yang menunggu lebih 200 tahun sebelum melihat Barack Obama berkulit hitam menjadi Presiden, tetapi sepatutnya persoalkan kenapa Red Indian tak pernah diberikan peluang seperti itu?

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan, racisme ada dalam pelbagai bentuk.

Katanya, ini termasuk mereka yang bercakap negara hanya menjadi maju kalau bukan kaum tertentu menjadi ketuanya.

Pengerusi Felda itu berkata demikian mengulas kenyataan Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang yang mendakwa Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri.

“Saya faham, kita yang semakin berusia semakin ingin mencari perhatian. Tapi janganlah sampai menyakitkan hati.

“Dalam hukum fizik, “for every action (force) there is an equal and opposite reaction”, setiap tindakan akan berlaku tindak balas yang sama.

“Bimbang, kalau ada pula yang desak Perlembagaan dipinda sebagai reaksi kepada polemik ini,” katanya.

Shabbery menegsakan, Amerika dan Britain bukanlah contoh yang tepat.

“Banyak juga negara dunia semakin maju walaupun tak tukar kaum mana yang menerajui negara mereka,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat