Sultan Ibrahim gembira santuni rakyat di Majlis Jamuan Teh

- Advertisement -

KLUANG – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menzahirkan rasa terharu dengan sambutan rakyat berbilang bangsa, pada Majlis Jamuan Teh yang diadakan di beberapa daerah sejak minggu lepas.

Melalui hantaran di Facebook rasmi milik baginda, Sultan Ibrahim bertitah amat bersyukur dan berbesar hati dapat bertemu dengan rakyat di semua 10 daerah, pada majlis pada Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat yang diadakan di empat daerah itu.

“Saya amat bersyukur dan berbesar hati dapat bertemu dengan rakyat pada Majlis Jamuan Teh yang diadakan di Muar, Mersing, Pontian dan Kluang.

“Sebagaimana sering saya mengingatkan keharmonian yang erat antara Bangsa Johor, menjadi tunjang perpaduan di negeri ini,” titah baginda menerusi hantaran tersebut.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan pembesar dan pemimpin tempatan supaya sentiasa bekerjasama antara satu sama yang lain termasuk dengan kerajaan.

“Saya tidak akan jauh dari Johor. Bila kucing keluar daripada kawasan, tikus-tikus akan mula berkeliaran. Tempoh lima tahun tidak lama sekejap sahaja. Saya akan sentiasa ada mata dan telinga di sini, untuk memastikan Johor sentiasa dalam keadaan yang sebaik mungkin,” titah baginda lagi.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berangkat ke Majlis Jamuan Teh yang diadakan di Dataran Kluang, di sini, untuk rakyat di daerah Kluang dan Batu Pahat.

Walaupun hujan lebat, namun tidak memadamkan kemeriahan jamuan berkenaan yang dihadiri lebih 3,000 rakyat, yang turut mengambil peluang bersalaman dan bergambar dengan baginda.

Sultan Ibrahim akan memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 mulai 31 Jan 2024 untuk tempoh lima tahun. – Bernama

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat