Umno sedia lawan sesiapa saja calon PN di Kemaman – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno bersedia berdepan dengan sesiapa sahaja calon yang diletakkan oleh Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman yang akan berlangsung awal bulan depan.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini termasuklah bekas ahli Umno yang disebut sebagai calon PN pada PRK nanti.

“Kita sedia menghadapi siapa sahaja, sama ada bekas daripada parti kita yang mereka khianati ataupun yang telah pun dibatalkan kemenangannya,” lapor Utusan di Temerloh pada Selasa.

Tambah Zahid, Umno juga telah mula melakukan persediaan bagi menghadapi PRK Kemaman dan bersedia mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kempen dan proses pengundian yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, ini termasuklah kemungkinan sekiranya berlaku banjir ketika dalam tempoh berkempen PRK bulan depan.

“Kita akan berunding dengan SPR mengikuti SOP yang baru dan di PPS (pusat pemindahan sementara) itu pada hemat saya yang penting kita hargai, kita santuni mangsa-mangsa banjir itu dahulu,” katanya.

Semalam, BN mengumumkan bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai calon mereka untuk PRK itu.

PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu pada 26 September lalu membatalkan kemenangan calon PN, Che Alias Hamid pada PRU15.

Pada PRU15 November lalu, Che Alias merampas kerusi Kemaman dengan majoriti 27,179 undi selepas menewaskan calon BN dan bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat