Saman fitnah selesai, tiada yang hidup tenang khianati perjuangan – Saifuddin beritahu Zuraida

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin selesai apabila bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Dalam Negeri berkenaan di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Zuraida, 65, ketika membacakan pernyataan maaf itu di hadapan Hakim, Norakhmar Mohd Sani berkata beliau telah menyatakan beberapa kenyataan terhadap Saifuddin Nasution, yang merupakan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, dalam suatu ucapan pada sebuah majlis makan malam di Hotel Renaissance pada 8 Dis 2019.

“Atas saman fitnah yang difailkan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution terhadap saya berkaitan dengan ucapan tersebut, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan perkara ini dengan suatu kenyataan maaf secara terbuka di hadapan mahkamah ini.

“Oleh yang demikian, saya dengan ini menarik balik kenyataan-kenyataan tersebut terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution dan juga memohon maaf kepada beliau,” kata Zuraida.

Mahkamah kemudian merekodkan penyelesaian yang dicapai oleh kedua-dua pihak serta melapangkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan selama tiga hari bermula hari ini.

Susulan itu, Saifuddin dalam kenyataan pada Selasa menyatakan, beliau menerima satu permohonan maaf daripada Zuraida yang telah menarik balik kata-kata fitnah dalam ucapan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2019.

“Peristiwa di Hotel Renaissance berlaku pada hari terakhir Kongres Nasional PKR 2019 yang diadakan di Melaka telah membuka topeng yang diselindungkan mereka selama ini.

“Di sinilah rencana jahat pengkhianatan semakin terserlah dan tidak lama selepas itu “Langkah Sheraton” terjadi.

“Zuraida fitnah saya tinggalkan parti, dapat duit berjuta dari sewaktu berkhidmat di Tabung Tok Kenali dan segala macam lagi. Begitulah fitnah jahat yang diungkap dan dijaja.

“Saya ambil keputusan untuk lawan. Soal kesetiaan saya dalam perjuangan PKR jangan dipertikai, saya hanya beli tiket sehala sahaja sewaktu buat keputusan untuk bersama-sama perjuangan ini. Saya tinggalkan kedudukan saya sebagai setiausaha politik kepada Menteri, setiausaha pemuda parti pada ketika itu semata-mata kerana yakin akan perjuangan ini,” jelas Saifuddin lagi.

Pada beliau tohmahan ini cukup jahat.

“Selepas berbincang dengan rakan-rakan, saya ambil keputusan untuk mengemukakan saman terhadap Zuraida.

“Ketika prosiding kes ini berjalan, pada 23 Jun lalu turut ada 1 kes lagi Zuraida telah kalah iaitu dalam kes saman kerana keluar dari PKR dan diperintah bayar RM 10 juta kepada PKR.

“Alhamdulillah, hari ini Zuraida telah kemuka permohonan maaf kepada saya dan menarik balik kata-kata fitnah yang diucapkan.
“Pengajarannya, usah khianat perjuangan, tiada yang hidup tenang dengan mengkhianati perjuangan. Kebenaran pasti menang jua akhirnya. Moga ini jadi pengajaran kepada sesiapa yang terdetik untuk khianat.

“Yang ikut sama khianat waktu itu, ramai juga nak u-turn. Jawapan saya begini sahaja, tidak mudah. Perjuangan ini mahal nilainya.Reformasi ! seru Saifuddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat