APEC akan dimanfaatkan Anwar dapatkan sokongan global , usaha salur bantuan kemanusiaan ke Palestin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) akan dimanfaatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetengahkan keadaan serta penderitaan yang menimpa warga Palestin saat ini.

Selain meraih dukungan global, merangkul serta memperhebat usaha mempermudah akses dan bantuan kemanusiaan, dan penyelesaian yang adil.

Anwar memaklumkan beliau selamat tiba di San Francisco, Amerika Syarikat bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat APEC.

“Dalam persidangan ini, saya akan menekankan komitmen Malaysia ke arah memperkukuh kerjasama ekonomi, memantap kemakmuran ekonomi serta memupuk pembangunan yang saksama dan inklusif buat semua.

“Ia juga merupakan peluang terbaik negara untuk menyatakan perspektif Malaysia mengenai kedudukan ekonomi global semasa dan mendengar serta memberi pandangan mengenai isu-isu serantau yang mendesak dengan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang berpengaruh, usahawan-usahawan dan para pemimpin APEC.

“Ruangan ini juga akan saya gunakan bagi mengetengahkan keadaan serta penderitaan yang menimpa warga Palestin saat ini, selain meraih dukungan global, merangkul serta memperhebat usaha mempermudah akses dan bantuan kemanusiaan, dan penyelesaian yang adil,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Selain APEC, Anwar juga dijadual untuk menyampaikan pidato umum berjudul “Superpower Rivalry and Rising Tensions in the Asia-Pacific – The View from Southeast Asia” di Universiti California, Berkeley.

“Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik buat negara dan rakyat,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat