Pelajar perempuan tingkatan 4 maut ditikam pelajar lelaki tingkatan 2

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama,Petaling Jaya meninggal dunia selepas ditikam seorang pelajar lelaki, pada Selasa.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, kejadian berlaku di dalam kawasan sekolah terbabit sekitar pukul 9.30 pagi.

“Ia satu kejadian yang menyedihkan, pelajar perempuan itu telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Suspek telah ditahan, kes masih dalam siasatan, motif kejadian belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Kempen Anti Buli Polis Diraja Malaysia di Pusat Dagangan Dunia, lapor Kosmo!

Terdahulu, media melaporkan, seorang pelajar maut akibat ditikam rakan dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Utama.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat