Tubuh badan pengawas bebas pantau ahli politik – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR 14 Oktober 2023 – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan sebuah badan pengawasan bebas ditubuhkan dan diberi kuasa untuk melaksanakan audit dan semakan berkala terhadap tingkah laku pegawai awam khususnya ahli politik.

Beliau berkata, ini bagi memastikan mereka mematuhi standard yang telah dipersetujui dan diterima umum.

“Badan ini dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai watak yang tidak tercalar dan kelayakan yang tidak dapat dipertikaikan termasuk mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan pembetulan, dalam kes di mana standard ini dilanggar.

“Namun, harus kita akui peranan dan usaha agensi-agensi Kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia.

“SPRM menguatkuasa dan membanteras rasuah manakala Institut Integriti Malaysia memperkasa nilai integriti dalam negara. Agensi-agensi ini perlu diperkasakan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kolumnya ‘Jalar Fikir’ yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri berkata, teknologi menawarkan peluang yang belum pernah ada sebelum ini dalam usaha meningkatkan integriti politik.

“Dari sistem berasaskan blockchain yang memastikan transaksi kewangan yang telus hingga algoritma bertenaga AI yang dapat mengesan corak rasuah, teknologi boleh menjadi sekutu kuat dalam perjuangan kita melawan rasuah.

“Namun, teknologi juga menimbulkan risiko. Peningkatan deepfakes, penyebaran maklumat palsu, dan serangan siber boleh merosakkan usaha kita untuk memperkukuhkan integriti politik.

“Oleh itu, kita juga harus berjaga-jaga dalam mengurangkan risiko ini,” katanya.

Tambahnya, usaha untuk memberi kesedaran dan membentuk masyarakat berintegriti sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan sejak dahulu sehingga hari ini.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat