Konsert tunggal ‘Berjalan Mundur’ Fiera Besari membuat peminat terpukau

- Advertisement -

Konsert Fiera Besari yang telah berlangsung pada 12 Oktober yang bertempat di Zepp Kuala Lumpur telah berjaya menarik seramai 1500 peminat hadir untuk menyaksikan persembahan yang bergitu menakjubkan.

Penyanyi Indie ternama yang berasal dari Indonesia, Fiera Besari telah berjanji untuk menjadikan konsert tersebut sebagai satu pengalaman yang luar biasa buat peminat, dan itu lah yang telah dia berjaya lakukan dan menjadi satu malam yang akan di kenang selama-lamanya oleh peminat peminat muzik di Malaysia.

Fiersa Besari telah menyatukan gabungan muzik unik dalam persembahan yang merangkumi genre indie pop, folk, dan alternatif.  Ditemani oleh gitar akustik dan suara yang penuh jiwa, Fiersa berjaya menawan hati penonton dengan peminat terpukau melihat perembahanya.

Antara elemen yang menarik perhatian adalah senarai lagu yang dipilih dengan teliti. Hit-hit terbaiknya termasuk “April,” “Waktu Yang Salah,” dan “Celengan Rindu” dimainkan dengan penuh semangat. Setiap lagu mengalir dengan emosi dan makna yang mendalam, menyentuh hati setiap hadirin.

Fiersa Besari, yang berasal dari Bandung, Indonesia, memulakan kerjaya muziknya sebagai vokalis dalam sebuah band indie pada tahun 2009. Perjalanan muziknya yang panjang telah membawanya ke pentas Kuala Lumpur, dan reaksi peminat setempat adalah hebat. Malam itu, pentas konsert dipenuhi dengan peminat yang tak sabar menantikan persembahan Fiersa.Dalam suasana konsert penuh sesak, Fiersa menunjukkan sifatnya yang suka berjenaka dan antusias berinteraksi dengan penonton. Setahun berlalu sejak konsert terakhirnya di Kuala Lumpur, penonton tidak sabar menunggu lagi untuk merasai pengalaman muzikal ini.

Malam bermula dengan lagu “Pengecut” dipetik dari album ke-5 Fiersa, keluaran 2022. Latar belakang cerita di balik muzik Fiersa memainkan peranan penting dalam membentuk suasana galau yang melingkupi penonton, dan lagu “Pelukku untuk Pelikmu,” soundtrack dari filem “Imperfect,” telah mengisi ruang Zepp KL dengan rasa mendalam yang terkesan oleh setiap yang hadir.

Kemudiannya, Fiersa menyampaikan lagu “Garis Waktu,” yang merupakan lagu favorite dan wajib bagi peminat di Kuala Lumpur. Dengan selamba, Fiersa mencuba permainan kata, “Garis waktu ke international jadi Garis wagyu,” yang mengundang gelak tawa dari penonton.Pada setiap hentian lagu, segmen diperkukuhkan dengan kata-kata hati dan pengamatan tentang kehidupan yang dipaparkan dengan penuh emosi oleh Fiersa. Inilah yang menjadikan persembahan beliau begitu unik, mendalam dan begitu bermakna.

Salah satu momen puncak malam itu adalah ketika Fiersa mengalunkan “Seperti Kita Dulu” sambil berinteraksi dengan penonton, yang rata-rata merakam menggunakan telefon bimbit. Hadirin dibuai perasaan galau dari awal, menghidupkan semula kenangan manis yang ada dalam diri mereka.

Lagu “Waktu Yang Salah” turut menjadi sorotan, dengan Fiersa Besari didampingi oleh suara lembut Aisha Retno. Penonton terpukau oleh interpretasi penuh perasaan dan menyayat hati yang disampaikan melalui lagu ini.

Kemudiannya, dalam lagu kedua terakhir, “Runtuh,” Fiersa Besari berduet dengan Feby Putri. Ini merupakan kolaborasi pertama mereka di Kuala Lumpur selepas keduanya menamatkan persembahan solo masing-masing. Kehadiran Feby memeriahkan lagi suasana malam dan meninggalkan kesan sayu, syahdu yang merdu.

Kemuncak malam 12 Oktober yang spektakular ini tersalur pada lagu terakhir, “Celengan Rindu” tentunya. Penonton seiringan bernyanyi lirik-lirik lagu dengan penuh semangat, seolah-olah mereka tidak mahu persembahan itu berakhir.

Atmosfera yang riuh rendah dan penuh kegembiraan meliputi ruang konsert.Fiersa Besari berjaya mencipta pengalaman muzikal yang tidak akan dilupakan oleh peminatnya disini. Malam itu merupakan satu titik tinggi dalam perjalanan seninya, dan setiap gaya membuktikan kekuatan penyanyi indie ini untuk menghubungkan dengan emosi dan hati peminat muzik.

Kuala Lumpur pastinya akan merindui detik-detik ajaib tersebut dan menantikan kembalinya Fiersa Besari untuk merakam lebih banyak kenangan indah dalam masa akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat